The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terkini : Liga Wanita Nasional 2022

Jun 13, 2022 - FAS

Pasukan Wanita Selangor FC telah meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut untuk saingan Liga Wanita National 2022 yang telah berlangsung dua minggu lalu.

Untuk pengetahuan, pasukan Wanita Selangor FC kini berada di kedudukan tempat kedua dalam kumpulan Zon Tengah saingan ini dengan enam mata terkumpul selepas dua perlawanan.

Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan yang lalu:-

MW1, 4 Jun 2022: 

SELANGOR FC 6-0 ATM 

*Fadhatul Najwa 21'

**Hannani Adriana 57', 70'

*Mecca Rania 59'

*Nr Fazira 77' (P)

*Ainin Sofiya 83'

MW2, 11 Jun 2022:

SELANGOR FC 2-1 FIRST 11 

Nur Syafiqah 60'

Nur Fazira 63'

Pasukan masih perlu mengharungi satu lagi perlawanan untuk bulan ini menentang Setiawangsa Sollo pada 18 Jun 2022 ini pada jam 8 pagi bertempat di JSA Arena, Setia Alam sebelum Liga Wanita Nasional berehat selama sebulan.

Selangor FC berbangga dengan pencapaian pasukan Wanita Gergasi Merah setakat ini. Diharapkan Skuad Wanita Selangor FC dapat mengekalkan momentum kemenangan yang ada ini hingga tamat saingan Liga Wanita National 2022. Ayuh Red Giants!

Demi Kebanggaan!